Mengurat Kawan Ketika Isteri Terlantar Sakit Lelaki Pun Pandai Menyondol

Hampir dua tahun melayari bahtera rumah tangga, takdir menentukan seorang lelaki yang bergelar suami jatuh sakit sehingga terlantar di katil.

Ditimpa ujian di awal perkahwinan, pakar perubatan mengesahkan bahawa lelaki berkenaan menghidap sakit kanser tulang, Ewing Sarcoma, tahap empat.

Bernasib baik, lelaki tersebut dikurniakan seorang isteri baik hati yang sudi bersusah payah menjaga dan sentiasa menemaninya untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Mengurat Kawan Ketika Isteri Terlantar Sakit Lelaki Pun Pandai Menyondol

Walaupun rawatan berjalan dengan baik, pasangan suami isteri itu sekali lagi diuji apabila doktor mengesahkan bahawa kanser tersebut telah merebak.

Menjangkiti bahagian tulang belakang, kanser tersebut telah menekan saraf tunjang lelaki tersebut sehingga menyebabkannya tidak boleh berjalan lagi.

Pasangan itu bagaimanapun tetap teguh menempuh dugaan bersama sehinggalah pada suatu hari, seorang rakan kepada suami hadir dengan niat buruk.

Cuba mengambil kesempatan, lelaki berkenaan rupa-rupanya cuba meruntuhkan rumah tangga dengan menghasut supaya isteri rakannya yang sakit itu bercerai.

“Dalam keadaan suami diuji, saya juga turut diuji dengan kehadiran seorang manusia yang juga kawan kepada suami. Lelaki itu ajak saya berkahwin.

“Alasan dia sebab suami saya tak boleh berjalan. Saya memang tak mahu dan sekat dia dekat semua sosial media. Dia tetap boleh hubungi saya guna nombor baharu.

“Sekarang saya buat keputusan untuk tukar nombor telefon. Tetapi dia tetap berusaha cari kawan-kawan untuk dapatkan nombor saya,” kongsi wanita itu.

Meluahkan kekesalannya di sosial media, wanita itu difahamkan belum menceritakan kejadian tersebut kepada pasangannya kerana tidak mahu suaminya bersedih.

Wanita berkenaan turut meminta agar orang ramai mendoakan supaya Tuhan memberi perlindungan dan memudahkan urusan mereka berdua.

“Buat suamiku, semoga dikurniakan syifa’ dan aafiyah buatmu,” tulisnya.

BACA: ‘Biar Saya Bersihkan Nama Saya Sendiri’ Akhirnya Marissa Dania Hakim buka mulut