Mengingati 9 Mei, tarikh keramat hasil perjuangan reformasi

Dua tahun lalu pada tarikh ini, majoriti rakyat Malaysia mengundi dan memberi mandat kepada kerajaan baharu buat pertama kalinya dalam 61 tahun sejarah negara.

Kerajaan di bawah Pakatan Harapan telah melantik Timbalan Perdana Menteri wanita pertama, Ketua Hakim Negara wanita pertama dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula menerima Ketua Pesuruhjaya wanita yang pertama.

Pelantikan ini bagi saya adalah satu penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Perubahan besar pada tanggal 9 Mei ini adalah hasil suatu perjuangan reformasi yang bertahun-tahun lamanya.

Perlu diingat Dato’ Seri Anwar Ibrahim berupa insan yang telah menyemai benih perjuangan ini demi keadilan untuk semua.

Laungan keramat reformasi yang sering diulang dengar, adalah laungan yang diperjuangkan oleh beliau sehingga kini.

Namun beliau terpaksa membayar dengan dipenjara akibat pertuduhan-pertuduhan palsu.

Kesihatan beliau turut terjejas dan beliau masih di hospital ketika perubahan bersejarah itu berlaku.

Bagi Dato’ Seri Anwar, itu adalah lumrah perjuangan.

Apa pun, keutamaan kami pada waktu ini ialah untuk kita sama-sama menangani wabak COVID-19.

Kita mesti gariskan panduan norma baharu dan pulihkan negara tercinta ini, in-syaAllah.

Dengan sokongan anda, Pakatan Harapan akan kembali.

Saya yakin pada kita semua, rakyat Malaysia.

Inilah #HarapanBaharu saya.

Sumber :