Mengapa Saya Tidak Hadir Menghadap Sultan Johor – Salahudin Ayub

Pada 26 Februari 2020, saya selaku Ahli Parlimen Pulai bersama-sama ahli parlimen lain dari Parti Amanah Negara berada di Istana Negara untuk menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti yang dititahkan.

Selaku ahli parlimen, saya telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan mandat rakyat.

Pada masa yang sama, selaku ADUN negeri Johor, saya juga dititahkan untuk menghadap DYMM Sultan Johor.

Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak sempat untuk menghadap DYMM Sultan Johor dalam masa yang ditetapkan. Namun, saya sentiasa menjunjung duli DYMM Sultan Johor.

Pada masa yang sama, seperti yang semua sedia maklum, sokongan saya kepada Pakatan Harapan tidak pernah berbelah bahagi.

SALAHUDDIN AYUB

TIMBALAN PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA

AHLI PARLIMEN PULAI

ADUN SIMPANG JERAM

27 FEBRUARI 2020

CATEGORIES