Mengapa Pas takut nak jadi ‘garang’ dengan menteri MITI?

Ni kira marah dengan cara masih berlapik dan berlembut. Tapi memang rakyat duk marah, especially MITI. Secara umumnya, wave meluat kepada Menteri MITI ini 20 kali ganda lebih besar daripada rakyat meluat kepada wave orang meluat Tun Mahathir atau DS Anwar nak jadi PM9.

BN dan PH sedang ride the wave. PAS saja duk terkial-kial tak tau nak buat keputusan besar untuk rakyat. Tak tau PAS duk pertahankan apa lagi. Kalau PAS taknak kerajaan PN tumbang sekalipun, kebongokan MITI mesti dibelasah. Kenapa nak takut. You belasah sekali saja, seluruh walaun dan kewalaunan akan ikut membelasah MITI. Serius.

Dalam keadaan darurat, Menteri MITI pun tak boleh kasi tumbang kerajaan dengan cara menarik sokongan. Bahkan dia takkan tarik balik pun sokongan yang membentuk PN. PAS nak takut apa? Benda obvious macam ni tak perlu sampai strategist nak kena fikir. Strategist pun takda masa nak fikir benda-benda simple macam ni. Busy

Kalau rakyat yang marah pasal perebutan kuasa, atau rakyat marah pasal kerajaan tebuk atap, kita boleh anggap itu penyokong parti politik saja yang bengang sebab kerajaan parti depa tumbang. Tapi sekarang rakyat marah pasal pengurusan pandemik yang ke laut. The wave is not coming from only political minded peoples. Ia datang dari rakyat pelbagai lapisan masyarakat. The virus is hitting their community, their family.

Secara tidak langsung, PAS akan kena tempiasnya. Bukan tempias lagi, akan kena hentak betul-betul nanti. Gelombang kemarahan ini tidak akan layan alasan “PAS hanya 3 orang Menteri saja, PAS hanya 18 kerusi saja”. Kempen-kempen pilihanraya PAS akan datang akan jadi hambar untuk dua tiga kali pilihanraya, sehingga parti lawan buat benda yang lebih teruk.
Sekian

p/s: Satgi pakat pi korek identiti makcik tu pulak… kena dia org UMNO atau orang PH, sure walaun kata “orang UMNO/PH… patut laaa”. Tak pun kata… ni geng “Jajaran

Sumber:https://www.facebook.com/DrTanakaMustafa/?ref=page_internal

COMMENTS

Wordpress (0)