Mengapa netizen sering kecam Menteri Agama?

kepercayaan

Mengapa netizen sering kecam Menteri Agama?. Bila netizens kecam Menteri Agama bagi makan gajah di Melaka, isu sebenarnya ialah rakyat melihat Menteri Agama banyak menghabiskan masa beliau melakukan kerja-kerja yang trivial.

Serah sumbangan B40, tahnik bayi, hadir majlis nikah artis, kempen derma tuala wanita, dan seumpamanya yang tidak ada keperluan yang jelas untuk seorang menteri terlibat secara langsung. Kalau dia adalah wakil rakyat, mungkin juga ada sedikit keperluan di situ. Tetapi dia bukan wakil rakyat dan bukan juga anggota mana-mana parti politik.

netizen

Rakyat masih belum melihat Menteri Agama dapat menyelesaikan begitu banyak isu-isu besar yang dibawah tanggungjawab beliau. Polisi-polisi beliau juga tidak jelas. Jauh sangat berbeza dengan Menteri Agama sebelumnya.

Menteri Agama hari ini tidak dilihat sebagai seorang pentadbir mahupun seorang pemimpin yang punya visi dan misi yang jelas. Ia lebih dilihat hanya sebagai seorang penyeri acara bagi majlis-majlis keraian besar.
Sumber:

kalau Anda terlepas: Berang ruangan komen FB Azmin ditutup, netizen serbu FB Menteri Austria