Mengapa Azmin guna pejabat Timbalan Perdana Menteri?

Kerajaan Pintu Belakang Pengkhianat Nasional (PNipu) masih mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia tetapi kenapa pula Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menduduki pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya?

Ini jelas satu penyalahgunaan kuasa dan sumber yang telah dilakukan oleh kerajaan yang kini lebih dikenali penyamun tebuk atap itu.

Apabila tiada lantikan jawatan hakiki sebagai TPM, maka tidak ada menteri lain yang boleh memasuki dan menggunakan kemudahan di pejabat tersebut walau berjawatan menteri kanan sekalipun.

Tiada arahan jelas mana-mana empat menteri kanan boleh menggunakan pejabat tersebut sesuka hati, menunjukkan betapa lemahnya kedudukan Muhyiddin Yassin menjelang 18 Mei ini.

Dek kerana takut hilang jawatan perdana menteri, akauntibiliti dan undang-undang dicampak ke tepi.

 

COMMENTS

Wordpress (0)