Menantu Zainal Abidin pula mengamuk – “kau ajar anak maki hamun aku!”

Menantu Zainal Abidin pula mengamuk – “kau ajar anak maki hamun aku!”. Sepanjang minggu ini, di mana-mana platform media sosial hangat membicarakan tentang insiden yang berlaku di antara kedua-dua isteri bekas jurulatih Liga Super, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Isteri pertamanya, Datin Zalina Zaini dikatakan terasa dirinya disindir oleh madunya, Fyna Jebat menerusi program televisyen Famili Duo baru-baru ini.

Belum pun reda tentang isu tersebut, terbaru, seorang wanita yang merupakan salah seorang menantu kepada Zainal Abidin tampil mendedahkan tentang permasalahan lain.

Menerusi hantaran di TikTok, @sofiasmeth bukanlah menceritakan perihal rumah tangga mentuanya tetapi tentang penderitaan dilaluinya kerana suaminya tidak membenarkan berjumpa dengan anak-anak.

Menantu Zainal Abidin pula mengamuk - "kau ajar anak maki hamun aku!"

Jelas Sofia, dia tidak mahu menjadikan isu antara mereka tular namun akui sudah tidak mempunyai pilihan lain kerana suaminya yang juga bekas pemain bola sepak Selangor itu enggan beri kerjasama.

Baca Artikel Penuh