Memahami titah Agong : Kerajaan Perpaduan atau gabungan perdana?

Agong

Titah Yang di-Pertuan Agong kepada pemimpin politik supaya bergerak daripada politik lama untuk lebih bersatu menjurus kepada pembentukan sebuah gabungan perdana parti politik atau penubuhan kerajaan perpaduan untuk mentadbir negara.

Selepas menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tengah hari tadi, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, memaklumkan kepada media bahawa semua ketua parti bersetuju “menghentikan konflik lama” dan bersatu demi kesejahteraan negara.

“Paling penting, Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, menekankan kita perlu menggalas bentuk politik baharu yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat,” katanya.

Memahami titah Agong : Kerajaan Perpaduan atau gabungan perdana?

Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir, bagaimanapun memberitahu FMT, sekiranya ahli politik menyambut gesaan politik lebih aman itu, ia membuka ruang penubuhan kerajaan kuat dan stabil.

“Kita mampu menubuhkan gabungan perdana (parti politik) jika mempunyai konsensus bersama, seperti dilakukan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Jika ini dilakukan sekarang, kita mampu mempunyai kestabilan politik untuk mendepani krisis kesihatan dan ekonomi.

“Pakatan perdana ini perlu bersifat inklusif tanpa mengira etnik dan pandangan, dan mempunyai visi jelas meletakkan negara dan rakyat mengatasi segalanya,” katanya.

Jeniri berkata, kerjasama seumpama itu mesti berpanjangan sehingga pilihan raya seterusnya, sekali gus mengelak negara sekali lagi dibelenggu situasi ketidaktentuan sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata nasihat Agong dilihat menguatkan spekulasi pembentukan kerajaan perpaduan untuk membawa negara keluar daripada kemelut sekarang.

Bagaimanapun, beliau tidak terlalu yakin pembentukan kerajaan perpaduan akan membawa jajaran politik “penyatuan” yang diinginkan.

“Akhirnya, tak kira, kerajaan perpaduan atau tidak, masalahnya tetap siapa yang akan mengetuainya,” katanya kepada FMT.

“Isu ini akan terus berbangkit kerana sentiasa ada pihak yang masing-masing yakin mereka paling layak menjadi pemimpin utama,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/17/titah-agong-pemangkin-kerajaan-perpaduan-atau-gabungan-perdana/

BACA JUGA : Hospital Klang catat penurunan 50% kemasukan pesakit Covid-19

COMMENTS

Wordpress (0)