Melalui semangat ‘Keluarga Malaysia’, harga ayam kini RM8.70 sekilogram – KPDNHEP

Harga purata ayam bersih kini sekitar RM8.70 sekilogram berbanding RM10.00 sekilogram dan ke atas pada awal September lalu.

Data tersebut adalah yang dikeluarkan oleh Bahagian Harga Barang Negara (BHBN) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, penurunan harga itu merupakan hasil kerjasama pemain indusri ayam yang bersetuju meletakkan margin munasabah seupaya harga ayam di pasaran kekal berpatutan.

Melalui semangat 'Keluarga Malaysia', harga ayam kini RM8.70 sekilogram - KPDNHEP

“Melalui semangat Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang akan dilancarkan pada 8 Oktober 2021, KPDNHEP telah mendapat kerjasama dari semua ‘ahli keluarga’ industri ayam dan telur untuk melihat semula kos dan keuntungan di setiap peringkat
rantaian di mana semua pemain industri bersetuju kepada margin yang munasabah dalam menentukan harga berpatutan di peringkat runcit buat masa ini sehingga harga import makanan ternakan ayam kembali stabil.

“Pada 3hb Oktober 2021, Menteri Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP dan Ketua Penguatkuasa KPDNHEP telah pergi sendiri ke sebuah integrator pengeluar ayam dan berbincang langkah-langkah seterusnya untuk mengurangkan kesan kenaikan harga import makanan ternakan terhadap harga runcit ayam dan telur di pasaran,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, hanya dua daripada 560 premis yang diperiksa pada 4 Oktober lalu dikesan menjual ayam dengan harga lebih daripada RM9.50 sekilogram.

Sementara itu Alexander berkata, harga purata telur ayam Gred A (30 biji) kini ialah RM13.20, Gred B (30 biji) RM12.40, dan Gred C (30 biji) RM11.80.

“Pemeriksaan telur ayam mendapati 162 premis daripada 418 premis masih menjual pada harga lebih daripada RM13.20 bagi Gred A. 148 premis daripada 408 premis menjual pada harga lebih daripada RM12.60 bagi Gred B, dan sejumlah 337 premis dari 667 premis yang diperiksa masih menjual telur ayam Gred C melebihi harga RM12.00,” tambahnya.

KPDNHEP yakin kerjasama dalam semangat Keluarga Malaysia akan mewujudkan situasi seimbang dan terkawal di pelbagai peringkat rantaian bekalan dan runcit yang semestinya akan diteruskan di masa hadapan.

Sementara itu, KPDNHEP memaklumkan telah menggerakkan seramai 1,000 Pegawai Pemantau Harga dan 2,200 Pegawai Penguat Kuasa dalam membuat pemantauan dan pemeriksaan di peringkat runcit, pemborong dan pengeluar pada setiap hari bagi memastikan bekalan dan harga barangan keperluan sentiasa mencukupi.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/08/harga-ayam-kini-sekitar-rm8-70-sekilogram-kpdnhep/

BACA JUGA : Gempar !!! Ahli MT Umno dedah gerakan terancang orang dalam Umno mahu jatuhkan kerajaan

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA: Melalui semangat ‘Keluarga Malaysia’, harga ayam kini RM8.70 sekilogram – KPDNHEP […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Melalui semangat ‘Keluarga Malaysia’, harga ayam kini RM8.70 sekilogram – KPDNHEP […]