Mcdonals di Johor Bahru terbakar!

Mcdonals di Johor Bahru terbakar! Signboard Berapi McDonald’s Plaza Tasek, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru dirakam telah terbakar. Kejadian itu telah menyebabkan laluan bersebelahan papan tanda itu ditutup bagi keselamatan pengguna jalan raya.

Memetik Astro Awani, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penguasa Bomba Kanan 11 Moha Kamal Shaari memaklumkan pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6:50 petang.

Pihak bomba berjaya padamkan kebakaran dan keadaan mula terkawal jam 7.16 malam itu dan 80% dari papan tanda Mcdonald’s hangus terbakar. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu.

Perkongsian video itu telah meraih pelbagai reaksi warganet. Ramai ambil peluang menyunting gambar dan video asal kejadian menjadi lebih ‘estetik’ untuk perkongsian media sosial.

Tidak kurang juga ada berseloroh mungkin ini ‘teknik marketing‘ McDonalds untuk memperkenalkan produk baharu kepada orang ramai.

Mcdonals di Johor Bahru terbakar!

‘Signboard Berapi’ McDonald’s

Seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian. Punca dan jumlah kerugian disebabkan insiden kebakaran itu masih lagi dalam siasatan.

BACA:

Honda minta pekerjanya pulang balik duit bonus syarikat

Van putih ini didakwa diguna untuk culik budak, sekali rupanya..

Tokei kilang kain ‘maki’ pekerja sambil sepak bakul jadi tular