MCA mahu PM beri perhatian kepada kampung baru Cina

MCA mahu PM beri perhatian kepada kampung baru Cina. Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi perhatian terhadap kepentingan dan kebajikan penduduk di kampung baru Cina seluruh negara yang merasakan mereka seperti dianaktirikan.

Beliau berkata, sejak MCA kehilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), banyak isu yang tidak dapat diselesaikan seperti hak milik tanah, aktiviti pertanian, penternakan, industri pondok dan kecil, pengangguran belia dan luar bandar.

Tambah Lian Ker, perubahan tersebut memberi tekanan kepada penduduk ketika jaringan perhubungan mereka terputus atau terganggu.

mca

BACA JUGA : Ini lawatan kawasan bencana ke, majlis pecah tanah?, Tanya netizen

“Ramai penduduk kampung baru Cina telah menghampiri saya, mengadu dan menyatakan kekeliruan mereka yang secara kolektif menunjukkan rasa ditinggalkan sejak Malaysia Baru tiba pada tahun 2018.

“Tidak semua yang baru baik dan tidak semua yang lama, buruk.

“Dalam hal pentadbiran kampung baru Cina, kami memerlukan seorang menteri atau paling tidak seorang timbalan menteri yang dapat menekankan, memahami dan memahami keperluan dan harapan daripada penduduk di situ,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

BACA JUGA : Kelantan perlu 900,000 dos vaksin untuk capai imuniti kelompok

Dalam pada itu, beliau berkata, kampung baru Cina merupakan penempatan khas di Malaysia yang membentuk akar cara hidup sosial, ekonomi, budaya dan agama kaum Cina yang sama seperti parti MCA.

Menurutnya, MCA merupakan sebuah parti yang memiliki jangkauan, titik sentuhan dan jaringan di setiap kampung baru Cina dalam negara.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157398/EDISI/Kembalikan-kampung-baru-Cina-kepada-MCA-Lian-Ker

COMMENTS

Wordpress (0)