MB Selangor dedah ada pencarum KWSP mampu belanja 68sen sehari masa pencen

MB Selangor dedah ada pencarum KWSP mampu belanja 68sen sehari masa pencen. Seorang Ahli Parlimen kerajaan hari ini memaklumkan ada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hanya mampu berbelanja 68 sen sehari selepas bersara

, susulan empat kali pengeluaran khas dana itu sejak 2020.

Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) menegaskan desakan berhubung pengeluaran wang KWSP

MB Selangor dedah ada pencarum KWSP mampu belanja 68sen sehari masa pencen

Tidak boleh sekadar mempertimbangkan kesan jangka pendek, kerana ia memberi kesan besar kepada negara, terutama dalam persediaan berdepan situasi Malaysia menjadi negara menua menjelang 2030.

Menteri Besar Selangor itu menegaskan, kerajaan juga perlu mengambil kira kadar baki simpanan sebahagian besar pencarum yang amat membimbangkan, terutama selepas kerajaan terdahulu membenarkan pengeluaran KWSP sebanyak empat kali ketika pandemik COVID-19.

“Saya faham apa yang diharapkan sesetengah pihak, tapi kita tidak boleh melihat negara berkembang hanya dalam satu dua hari saja.

“Satu kajian yang dibentangkan kepada kami ketika pemukiman baru-baru ini, selepas pengeluaran dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang membantu rakyat tapi perbelanjaannya tidak diagihkan dengan tepat.

“Akhirnya, hari ini ada sebahagian pencarum hanya mempunyai sejumlah 68 sen (untuk dibelanjakan) sehari (selepas bersara) kalau umur pencarum itu mencecah 75 hingga 78 tahun.

“Jadi kerajaan kena pertimbang antara kebertanggungjawaban dengan populisme dan gesaan yang dibangkitkan pembangkang, supaya kita tidak terkesima dan tertipu dengan prpopaganda dan pilihan itu,” katanya ketika membahaskan usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Amirudin menggesa kerajaan segera menggubal kembali Akta Perkhidmatan Parlimen bagi memastikan pelaksanaan pengasingan kuasa sebenar antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Sementara itu, menjawab celahan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang bertanya mengenai reformasi Parlimen perlu merangkumi agihan peruntukan yang seimbang antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, Amirudin menegaskan tuntutan itu juga perlu dilaksanakan di tiga negeri yang diperintah Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak halang usaha itu dan ia juga perlu dibuktikan di Kedah, Terengganu dan Kelantan untuk memberikan peruntukan yang sama rata kepada pembangkang yang berada di sana,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin mencadangkan Parlimen menambah sekurang-kurangnya lima lagi jawatankuasa pilihan khas, iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Anak Syarikat dan Badan Berkanun; Jawatankuasa Pilihan Khas Federalisme; Jawatankuasa Pilihan Khas Pengangkutan Awam; Jawatankuasa Pilihan Khas Mobiliti Sosial dan Jawatankuasa Pilihan Khas Masyarakat Menua.

BACA:

“Ia satu perasaan luar biasa, macam jackpot nombor loteri”, pemuda ini terkejut jumpa duit emas bernilai RM 500K!

Kecoh pemandu Grab maut dihempap ketika selenggara kereta, ini 6 cara guna ‘jack’ kereta