MB Kelantan disahkan masuk hospital HUSM

MB Kelantan disahkan masuk hospital HUSM

Khabar angin mengatakan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) akibat serangan jantung adalah tidak benar.

Perkara itu dimaklumkan pegawai khasnya, Lau Chin Hua yang berkata, Ahmad ke hospital semalam untuk menjalani pemeriksaan susulan mengalami kencing tidak lawas.

“Mengarut sajalah (khabar angin), dia cuma buat pemeriksaan susulan kencing tak lawas.

“Kemudian doktor suruh berehat dulu di wad. Itu saja, bukan sebab lain,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Lau berkata Ahmad dalam keadaan baik dan dijangka dibenarkan keluar esok.

Terdahulu, Facebook Pemuda Amanah Kelantan petang ini memuat naik hantaran yang mendakwa Ahmad dimasukkan ke HUSM akibat serangan jantung.

“Admin mendapat perkhabaran Menteri Besar Kelantan Dato’ Ahmad Yakob dimasukkan ke wad HUSM akibat serangan jantung. Sama-sama kita doakan kesembuhan menteri besar,” kata hantaran tersebut.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/565138