MB Kedah ditegur kerana sering keluar kenyataan kontroversi

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor ditegur supaya menjaga imej negeri dan rakyat kerana didakwa sering mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kontroversi.

Teguran itu dibuat Datuk Johari Abdul (PKR-Gurun) berhubung kenyataan Muhammad Sanusi sebelum ini sering menjadi isu panas dan berlaku secara berterusan sejak mengambil alih pentadbiran negeri.

Johari menasihatkan agar Muhammad Sanusi mengawal dirinya ketika membuat sebarang kenyataan terbuka agar tidak disalah tafsirkan pihak luar.

MB Kedah ditegur kerana sering keluar kenyataan kontroversi

Muhammad Sanusi

“Ini bukan isu peribadi, Jeneri (Muhammad Sanusi) adalah kawan saya dan menjadi pemimpin kepada rakyat Kedah. Cumanya, Jeneri perlu mengawal perasaan apabila buat kenyataan agar ia menjadi peransang, motivasi dan harapan supaya kami dapat bersandar kepada Jeneri,” katanya ketika sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Tuanku Sultan Kedah di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini pada Selasa.

Johari berkata, tindakan Muhammad Sanusi menyebabkan Menteri Besar Kedah itu dipersendakan ramai pihak yang tidak mengetahui maksud sebenar beliau.

“Saya pergi Parlimen, orang bertanya mengapa kenyataan Menteri Besar Kedah teruk. Saya cukup sayu sebab tahu Muhammad Sanusi orang yang baik. Jadi saya minta rakan lain membantu kerana imej Jeneri melambangkan kita semua,” katanya.

Sementara Yeo Keng Chuan (PH-Kulim) turut menyokong teguran itu yang menyifatkan kepimpinan negeri harus menunjukkan contoh yang baik.

“Kebelakangan ini Kedah berdepan beberapa isu buruk. Tunjuklah contoh yang baik. Kerana itu saya mahu menghadiahkan dua buku berkaitan pentadbiran kerajaan kepada Menteri Besar. Harap beliau mendapat ilham supaya kita sama-sama menunjukkan contoh baik kepada anak cucu akan datang,” katanya ketika mencelah sesi perbahasan.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi pada sidang akhbar selepas sidang DUN ditangguhkan menganggap teguran dibuat Johari dan Keng Chuan itu sebagai persepsi semata-mata dan enggan mengulas lanjut.

“Ada ketika saya hanya bergurau bersama rakan media, tetapi diambil terlalu serius oleh pihak lain sehingga mencetuskan isu lain pula,” jelas beliau.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/162622/BERITA/Politik/Sanusi-ditegur-sering-keluarkan-kenyataan-kontroversi

BACA JUGA : Gempar !!! Rebut kerusi Presiden Umno, Tajuddin sedia lawan Zahid

COMMENTS

Wordpress (0)