Mayat tanpa identiti diri terbaring atas kereta

Dirempuh sebelum mayat ditemui mati ‘tersadai’ di atas bumbung kereta. Itu nasib seorang pejalan kaki lelaki yang maut sejurus dilanggar kereta di Kilometer 1.3, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini, tadi.

Dalam kemalangan jam 12.15 tengahari itu, mangsa dipercayai warga negara India tanpa dokumen pengenalan diri mati serta merta di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Proton Perdana yang melanggar pejalan kaki terbabit.

Mayat tanpa identiti diri terbaring atas kereta

Pejalan kaki maut dan terpelanting atas bumbung kereta ketika cuba melintas di Kilometer 1.3 SKVE dari arah Kajang ke Puchong hari ini. FOTO IHSAN PEMBACA

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu di lorong kanan itu terlanggar mangsa yang melintas jalan secara mendadak.

Katanya, kejadian itu menyebabkan pemandu kereta berusia 30-an tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa menyebabkan mangsa terpelanting ke atas bumbung kenderaan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/744874/mayat-misteri-terbaring-atas-kereta

BACA JUGA : Syed Saddiq ucap tahniah PM baharu, teruskan khidmat sebagai MP pembangkang

Artikel ini disiarkan pada 20/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)