Mayat kanak-kanak 6 tahun mangsa banjir di Bentong ditemui

Mayat kanak-kanak 6 tahun mangsa banjir di Bentong ditemui.Pasukan penyelamat menjumpai satu mayat kanak-kanak lelaki dalam kejadian banjir lumpur di sebuah pusat peranginan chalet di Bentong pada pukul 10.30 pagi.

Mangsa yang dikenali sebagai Emmanuel Chang Li Zheng, 6, ditemui dalam jarak 800 meter dari lokasi kejadian dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dari timbunan kayu-kayu yang dihanyutkan arus dengan kaedah pemugaran dan pengalihan sisa-sisa kayu.

Susulan penemuan mayat kanak-kanak berkenaan, pasukan penyelamat meneruskan pencarian seorang lagi mangsa bencana alam itu.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, 32 orang termasuk lapan kanak-kanak diselamatkan berikutan bencana banjir lumpur disebuah pusat peranginan di Bentong sementara tiga orang lagi hilang.
Mangsa pertama dikenali sebagai Yap Koon Lan 66 tahun ditemui semalam (Selasa) pada jarak 200 meter dari lokasi.

BACA: Banjir : Ceo Apple umum bakal hulur sumbangan kepada Malaysia
Dah bagi amaran banjir besar…tapi dibalas ‘Take Note’ saja – Pakar Meteorologi

Artikel ini disiarkan pada 22/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)