Mayat berulat ditemui, sudah seminggu kemalangan

Mayat berulat ditemui, sudah seminggu kemalangan.Satu mayat lelaki ditemukan dalam keadaan berulat bersama sebuah motosikal di Jalan Besar Serting Hilir-Tembangau dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mayat Sylvester Paren Joseph, 26, ditemukan dalam keadaan kembung dan berulat selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan kira-kira seminggu lalu.

“Siasatan awal dijalankan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggang motosikalnya hendak pulang ke rumahnya di Serting Hilir 6 dekat sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dan motosikalnya dipercayai telah terbabas ke kiri jalan dan jatuh ke tebing jalan sedalam 7.4 meter dari bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat

Tambah Chang Hook, akibat kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tarikh dan masa sebenar kejadian tidak pasti tetapi kejadian dianggarkan berlaku lebih kurang satu minggu dan tiada unsur-unsur jenayah ditemukan.

“Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Jempol untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya lagi.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/mayat-ditemukan-selepas-seminggu-terlibat-kemalangan/

BACA: Bukan CSA tapi MoU, tegas Anwar

COMMENTS