Mayat bayi lelaki baru 2 hari lahir ditemui dalam plastik hitam

Seorang wanita warga Nepal ditahan selepas disyaki menyembunyikan kelahiran bayi lelaki yang mayatnya ditemui di dalam bilik di sebuah asrama pekerja, di sini.

Wanita terbabit berusia 38 tahun yang juga pekerja kilang ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam (Rabu), ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pada 9.10 pagi semalam, pihaknya menerima panggilan telefon daripada pekerja sebuah kilang yang mendakwa seorang wanita warga Nepal melahirkan anak.

Mayat bayi lelaki baru 2 hari lahir ditemui dalam plastik hitam

MAYAT bayi berkenaan. FOTO Ihsan PDRM

Beliau berkata, susulan itu, sepasukan polis bersama pasukan forensik bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat bayi lelaki cukup sifat yang masih bertali pusat di dalam plastik hitam.

“Siasatan awal dijalankan kemudian mendapati, jam 1.30 pagi Isnin, suspek ada meminta pemandu van kilang untuk membawanya ke klinik panel atas alasan sakit kaki.

“Bagaimanapun, suspek kemudian dirujuk ke Hospital Alor Gajah kerana disyaki baru sahaja keguguran lalu dirujuk ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, pada 8 pagi semalam, pengurus kilang memeriksa kembali bilik suspek dan kemudiannya menjumpai mayat bayi itu lalu menghubungi polis.

“Mayat bayi yang dipercayai baru dua hari dilahirkan itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

“Pihak polis juga kini sedang mengesan teman lelaki suspek yang juga berusia 38 tahun dan difahamkan mereka tidak bekerja di tempat sama,” katanya.

Mengulas lanjut, Arshad berkata, suspek yang ditahan di hospital akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/758202/mayat-bayi-lelaki-ditemukan-dalam-plastik-hitam

BACA JUGA : Panas !!! Siti Mariah dedah punca sebenar masjid masih tak dapat dibuka sepenuhnya di Selangor

COMMENTS

Wordpress (0)