Mawar kongsi gambar anak ‘keseorangan’ waktu bercuti bersama ibu tiri, ‘#IndahKhabarDariRupa’ cetus tanda tanya

Mawar kongsi gambar anak ‘keseorangan’ waktu bercuti bersama ibu tiri, ‘#IndahKhabarDariRupa’ cetus tanda tanyaBekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Karim mendakwa anak perempuanya Wan Maryam ‘tidak gembira’ sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama ayah dan ibu tirinya baru-baru ini.

Indah khabar dari rupa

Menerusi Instagram Story Mawar, usahawan ini dilihat memuat naik foto anaknya ‘keseorangan’ ketika berada di Legoland. Menurut Mawar, dia tidak mampu meluahkan apa-apa perkataan tatkala melihat foto Maryam ‘bersandar’ di satu sudut seorang diri. Tambahnya, dia tidak terfikir bahawa anaknya itu tidak mempunyai rasa takut.

Bukan itu sahaja, Mawar turut menyatakan bahawa anak perempuan tidak pernah tinggal berasingan dengan ibunya, tidak kira berapa jauh jarak antara mereka. Mawar turut meletakkan tanda pagar ‘indah khabar dari rupa’ di posting berkenaan. Menerusi kapsyen dan tanda pagar tersebut, rata-rata netizen mendakwa Mawar merasakan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti bersama Fizo dan isterinya, Fazeera. Di samping itu, kapsyen Mawar seolah-olah memberi gambaran bahawa dia dan Maryam tidak boleh hidup berasingan walau apa jua keadaan.

Sosial media dan kehidupan sebenar

Selepas memuat naik posting yang pertama, Mawar dilihat memuat naik posting kedua beserta kapsyen ‘media sosial vs kehidupan realiti’. Tidak dapat dipastikan apa yang ingin disampaikan oleh Mawar, namun ianya dikatakan berkait rapat dengan perkongsian terdahulu berkenaan percutian anaknya ke Johor.

Terdahulu, Fizo dan Fazeera selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat

BACA JUGA : Ramai puji kecantikan isteri Fizo Omar, sekali Mawar pun masuk komen.
Kes Covid-19 dijangka kembali meningkat ketika Tahun Baru Cina – KJ
Pokok misteri keluarkan ‘air terjun’ cetus kehairanan penduduk

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)