Maut setelah selesai urus jenazah Covid-19

maut

Maut setelah selesai urus jenazah Covid-19.Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Muda, maut akibat nahas, selepas selesai menguruskan pengebumian jenazah Covid-19, di Kampung Bukit Selambau, Sungai Petani, jam 4 petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Azhar Ahmad, berkata ketika kejadian mangsa, Muhamad Zikry Zafuan, 20, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani dengan menunggang motosikal selepas selesai menguruskan pengebumian jenazah Covid-19.

Mangsa maut selepas terbabit dalam kemalangan di simpang empat lampu isyarat Pusat Latihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda.

“Arwah sepatutnya meneruskan tugasan di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) syif kedua pada 4 petang hingga 12 tengah malam ini.

“Tak sangka kemalangan itu meragut nyawanya selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah treler menyebabkan dia parah di bahagian badan,” katanya memetik laporan.

maut

Azhar berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk tindakan lanjut.

Katanya, arwah seorang yang rajin dan mereka di APM Kuala Muda kehilangan seorang anggota yang rajin.

Azhar berkata, sebelum ini arwah kebiasaanya akan mempelawai diri jika berlakunya operasi mencari dan menyelamat (SAR) di gunung kerana minatnya dalam aktiviti mendaki gunung.

“Tetapi, kali ini dia lebih suka terbabit dalam pengurusan jenazah dan tak pelawa diri untuk turut serta dalam operasi tragedi kepala air di Gunung Jerai, baru-baru ini,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/24/anggota-apm-maut-dalam-nahas-selepas-selesai-urus-jenazah-covid-19/

BACA: Pak cik jual kucing ‘terabai’ RM800 tepi jalan

Artikel ini disiarkan pada 25/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)