Maszlee saman Ketua Pemuda Umno, penulisan berniat jahat

Maszlee saman Ketua Pemuda Umno, penulisan berniat jahat

Saya telah mendapat nasihat daripada peguam saya dan mengarahkan peguam saya untuk menghantar surat tuntutan kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi di atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan.

Saya memberi arahan kepada peguam supaya surat tersebut menuntut Dr Asyraf Wajdi membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan kerana memfitnah.
Budaya politik fitnah jahat ini perlu dihentikan kerana ia sedikit pun tidak menguntungkan rakyat.

Sepatutnya sekarang ahli politik perlu fokus bantu rakyat dan memulakan budaya politik khidmat, bukan mencari salah, menuduh dan menfitnah sesuka hati.
Saya harap tindakan ini menyedarkan semua pihak, tidak kira dari parti mana, budaya fitnah jahat berunsur perkauman perlu segera dihentikan, apatah lagi ia melibatkan pendidikan negara, pendidikan anak-anak kita.

Sebarang perkembangan terkini, akan saya maklumkan.

Terima kasih semua yang menyokong usaha ini. Saya percaya rakyat Malaysia muak dan tidak suka dengan budaya politik begini, apatah lagi ia boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini.
YB Dr Maszlee Malik

Sumber: