Maszlee kini pengerusi JK Pendidikan PH, tuntut kerajaan agih laptop sebelum PdPR

Maszlee kini pengerusi JK Pendidikan PH, tuntut kerajaan agih laptop sebelum PdPR

KPM melalui satu kenyataan rasminya telah mengumumkan bahawa sekolah-sekolah yang belum ditutup buat masa ini di seluruh negara akan ditutup selepas cuti Hari Raya Aidilfitri sehingga cuti penggal pertama tamat.

2. Pengumuman ini merupakan satu tindak balas akibat kenaikan kes Covid-19 yang mendadak melibatkan Kluster Pendidikan.

3. Walaupun banyak sekolah di negeri-negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Johor telah ditutup sementara waktu bagi proses sanitasi, namun KPM bersedia menutup sekolah secara keseluruhan mulai 8 Mei 2021 iaitu mengambil masa 2 minggu daripada sekarang.

4. JK Pendidikan Pakatan Harapan berpandangan bahawa berapa lama tempoh PdPR dilaksanakan sekalipun, yang penting ialah bantuan komputer riba harus disegerakan kepada murid yang memerlukan.

5. Arahan melaksanakan PdPR merupakan satu langkah wajar untuk dilaksanakan memandangkan situasi pandemik Covid-19 terus meningkat, tetapi ia harus diiringi dengan bantuan-bantuan kemudahan PdPR buat murid mahupun guru yang tidak mempunyai kelengkapan.

6. Langkah ini bagi memastikan proses PdPR yang akan dilaksanakan memberi keberkesanan yang maksima kepada semua murid dan guru.

7. Oleh itu, JK Pendidikan Pakatan Harapan menggesa KPM untuk menyegerakan bantuan komputer riba seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021 kepada semua golongan secepat mungkin.

8. Kami juga menggesa supaya pihak kerajaan dapat memberi insentif khas kepada para guru untuk pembelian data dan alat bantuan mengajar demi memudahkan urusan PdPR.

9. Bagi guru, murid dan ibu bapa yang memerlukan bahan pembelajaran, dijemput untuk menggunakan platform Sophia.my sebagai salah satu alternatif sepanjang PdPR nanti.

YB Dr Maszlee Malik, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan

YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Teo Nie Ching, Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Datuk Dr Hasan Baharom, Parti Amanah Negara (AMANAH)

May be an image of text

 

Sumber:

COMMENTS