Masjid tular kena kompaun kerana langgar SOP sudah bayar RM5,000

Masjid tular kena kompaun kerana langgar SOP sudah bayar RM5,000

Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan Masjid Sri Maulana, Taman Sri Maulana, Pekan sudah membayar kompaun RM5,000 di atas kegagalannya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada Selasa lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, pembayaran itu telah dibuat di Pejabat Kesihatan Pekan dengan pengurangan sebanyak 50 peratus.

“Kita hanya terima duit, siapa yang buat pembayaran itu kita tidak tahu,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Pada Jumaat, tular gambar bersama entri yang menyatakan kesyukuran di atas kesudian Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membayar kompaun tersebut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan satu notis kompaun sebanyak RM10,000 dikeluarkan terhadap Masjid Sri Maulana Taman Sri Maulana, Pekan pada Selasa.

Masjid itu didapati gagal menyediakan ​pengimbas kod bar MySejahtera dan buku pendaftaran pelanggan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/135085/EDISI/Masjid-Sri-Maulana-sah-bayar-kompaun-RM5000