Masakan mewah pelajar lelaki di rumah sewa raih perhatian, siap pandai buat kuih koci

Apabila kita sebut rumah sewa yang didiami oleh sekumpulan pelajar lelaki, kita sering kali membayangkan mereka hanya memasak mi segera sebagai hidangan utama.

Tetapi situasi berbeza bagi geng pelajar lelaki ini.

Rumah sewa mereka seolah-olah sebuah restoran di mana mereka sering menyediakan pelbagai hidangan, dari masakan utama hingga ke pencuci mulut.

Masakan mewah pelajar lelaki di rumah sewa raih perhatian, siap pandai buat kuih koci

Di rumah bujang ini, mereka menikmati hidangan seperti ikan siakap tiga rasa, kari ayam, ayam masak merah, sayur kailan dengan ikan masin, bayam tumis air, ayam pad khra pao, dan nasi khao mok yang popular dari Thailand.

Mereka juga tidak lupa menyediakan juadah kuih tradisional seperti cucur bawang dan kuih koci, serta hidangan Barat seperti spageti aglio olio.

Baca Artikel Penuh