“Masa videocall aku nampak bilik dia bersepah macam tongkang pecah, rupanya dia nak aku bela dia, bagi dia duit, masak untuk dia, kemas rumah, dasar..”

Salam semua. Nama aku Abby. Tujuan aku tulis sini sebab aku dah penat tengok ramai wanita teraniaaya akibat lelaki pemalas, pandai sembang kari dan mimpi disiang hari.

Aku juga rasa menyesal sebab aku tak terus terang dengan bekas bakal suami aku dulu sebelum aku tinggal dia.

Bila baca ‘confession’ ramai wanita dan isteri teraniaaya dengan lelaki semacam ini, aku macam frust.

"Masa videocall aku nampak bilik dia bersepah macam tongkang pecah, rupanya dia nak aku bela dia, bagi dia duit, masak untuk dia, kemas rumah, dasar.."

Semoga confesion aku ini disiarkan dan dipertimbangkan oleh wanita – wanita yang ada boyfriend atau bakal suami semacam ini. Lari laju – laju!

Dipendekkan cerita aku berkawan dengan si Syafiq ni lama. Masa zaman belajar di universiti lagi, tapi kami bukan belajar satu universiti. Kami cuma satu sekolah. Lepas habis sekolah tu zaman dah ada facebook, dia cari aku di facebook.

Baca Artikel Penuh