Masa depan PN ditangan 6 ahli parlimen yang sedang dibicarakan di mahkamah

Di Parlimen sekarang ada sekurang-kurangnya 6 ahli parlimen yang dibicara kes jenayah rasuah, termasuk kes2 berprofile tinggi. Kesemua mereka berada dalam blok Kerajaan Tanpa Mandat PRU14, PN (BN Plus).

Adakah masa depan mereka akan mjd sebahagian petunjuk utama masa depan PN? Anda nilaikan sendiri.

Yg khianat punca semua. Yg letak jawatan gagal berbincang juga bersalah. Yg gagal berunding ambil semula mandat rakyat juga ada sahamnya. Lebih malang, bila ada yang nafikan pula itu kerajaan dia hanya kerana dia tidak berada dalam kabinet.

Malang berganda buat Malaysia. Reformis realis terusir, pendakwah jujur tersingkir, para pemfitnah merai laba dan kedudukan mengemudi negara dan watan!

Jika di depan mu adalah kiamat, agama mengajar apa dan bagaimana seharusnya?

Sumber :