“Masa awal kahwin suami pernah bawa makan luar, bila mak mertua tahu, dia nasihatkan jangan manjakan bini, mak mertua ajar anak dia supaya isteri rasa azab”

Terima kasih pada semua yang komen dan baca kisah aku. Kisah tu dah lama ya, zaman 80-an dan 90-an.

Sebab tahun 2006 aku dah bercerai dengan bekas suami, selepas anak dah 4 orang. Aku tak kahwin pun sehingga ke hari ni.

Mungkin masih f0bia dan tr4uma kut. Aku jadi sangat jauh dan tak suka lelaki.

"Masa awal kahwin suami pernah bawa makan luar, bila mak mertua tahu, dia nasihatkan jangan manjakan bini, mak mertua ajar anak dia supaya isteri rasa azab"

Aku suka dan selesa hidup sendiri dengan anak – anak, bahagia sendiri. Tambah lagi sekarang semua anak – anak sudah besar dan berkeluarga. Hanya tinggal yang bongsu masih belum berkahwin.

Antara yang komen tu, terpulang pada kalian nak beri pendapat atau pandangan macamana pun sebab semua tu dah berlalu. Bagi aku ianya hanya sebuah catatan perjalanan hidup yang Allah takdirkan untuk aku dan aku dah redha seredha – redhanya.

Baca Artikel Penuh