Mas Idayu luah perasaan soal nak zuriat lagi lepas kahwin baru

Mas Idayu luah perasaan soal nak zuriat lagi lepas kahwin baru. Penyanyi, Mas Idayu member1tahu dia sudah lama berhasrat untuk men1mang cahaya mata lelaki namun dia tidak meletakkan harapan tinggi biarpun us1anya kini mencecah 50 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, pelantun lagu Selangit itu berkata bakal suaminya yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa juga tidak memaksa dalam perkara itu.

“Sebenarnya dari dulu saya memang idamkan nak anak lelaki yang sekian lama juga belum dapat milikinya. Nak ikutkan, saya boleh dan tiada masalah sebab baru ada seorang anak dan tak pernah pun ada masalah lain.

“Tapi saya takut juga ada yang cakap risikonya tinggikan. Jadi, bakal suami pun tiada masalah mengenai hal itu. Sekarang ini, kita cuma nak hidup bahagia sebagai satu keluarga. Jadi, itu tak penting,” katanya.

Menurut Mas Idayu lagi, dia juga sudah mendapatkan nasihat doktor bahawa tiada masalah untuk hamil lagi namun baginya kesihatan lebih pent1ng.

Mas Idayu luah perasaan soal nak zuriat lagi lepas kahwin baru

“Sebenarnya ada juga doktor cakap saya tiada masalah sebab anak baru seorang. Tapi itulah nak elak risik0. Selalunya wan1ta yang hamil pada usia 40-an, tiba-tiba timbul pelbagai penyakit dan itu yang kita tak nak,” katanya.

Mas Idayu juga mengakui dirinya diselubungi kesunyian sejak beberapa tahun lalu biarpun 17 tahun bergelar ibu tunggal.

“Saya terdetik nak ada pasangan h1dup selepas dua tahun kebelakangan ini terasa sangat sunyi. Terfikir tak ada kawan, macam bosan.

“Dalam masa itu, saya soIat minta doa dengan Tuhan, ada tak jodoh saya sebelum pergi? Saya doa dapat teman hidup terbaik kerana sekarang saya macam nak ada kawan,” katanya.

Mas Idayu dan Sufian bakal diijabkabulkan pada Jumaat ini di Magica Quill City, Kuala Lumpur, jam 9 pagi dan pada sebelah malam akan diadakan majlis res3psi.

BACA:

‘Marketing’ jahat pengedar kereta ini curi tumpuan, sekelip mata terkenal satu negara

Mat Kilau dikecam hebat selepas ditayang di Netflix, “ini kebangkitan penonton, bukan pahlawan!”

Banduan maut selepas diseksa dengar lagu ‘baby shark’ berjam-jam