Mas Idayu luah perasaan sedih selepas tak sampai seminggu nikah. Perkongsian video sedih yang berlatar hitam putih dibuat penyanyi dangdut, Mas Idayu, 50, di Instagram miliknya dua hari lalu, agak mengundang tanda tanya segelintir pengikutnya.
Ditambah dengan kapsyen ringkas dengan maksud mendalam ditulis, ‘Berselindung di balik senyum dan tawa….. im okay…’, ia umpama ‘ada cerita yang terselindung’. Namun, Mas Idayu dilihat turut membalas komen ditulis.
Tinjauan Harian Metro di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen meninggalkan komen positif yang memberi semangat kepada penyanyi lagu Cintaku 100 Persen itu untuk terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian hidup
“Itulah kekuatan dalaman perempuan…always (selalu) ok walaupun inside (dalaman) tak ok. Be strong (Tabahkan diri) hadapi semua ujian. Kita diuji dengan sikap pasangan, anak-anak, family, rakan sekerja dan kadang- kadang dengan stranger (orang asing) pun ada. Setiap insan rasa keadaan macam ini, termasuk saya,” tulis seorang netizen.
“Uitttt…dah berduka…sabaq (sabar) mommy oiii,” tulis seorang lagi.
“Mommy, please (tolong) ok tau. Terpampang lagi wajah bahagia mommy…kami doakan selalu ye,” tulis seorang warga maya.
Bagaimanapun, dalam balasan komen ditulis Mas Idayu, dia memaklumkan dirinya berada dalam situasi okay.
Pada 16 September lalu, Mas Idayu bernikah kali kedua dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, yang mendapat tajaan majlis perkahwinan daripada beberapa pihak bernilai RM7 juta sekali gus digelar ‘wedding of the year’.
Pada majlis serba meriah dan mewah itu, Mas Idayu dan suami dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah masjid jamek Kampung Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001 di Magica Events Hall, Kuala Lumpur.
BACA:
Poll Undi Sinar Harian letak PH jauh dihadapan tinggalkan pesaing
Neelofa dah ‘settle’, netizen tanya Kak Lina bila pula nak tunjuk muka anak
Komen Juri pasal Tokti mengejutkan semua, “tiada sapa boleh lawan suara…”