Manusia paling kotor di dunia mati selepas mandi buat kali pertama dalam 65 tahun

Manusia paling kotor di dunia mati selepas mandi buat kali pertama dalam 65 tahun. Seorang lelaki dari Iran yang digelar ‘manusia paling kotor’ di dunia kerana tidak mandi selama 65 tahun dilaporkan meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Kematiannya dilaporkan hanya beberapa bulan selepas mandi untuk pertama kali, dalam beberapa dekad.

BBC melaporkan, Amou Haji enggan menggunakan sabun dan air selama lebih setengah abad, bimbang ia akan menyebabkan dia sakit.

Warga Iran itu yang tinggal di wilayah selatan Fars, sebelumnya mengelak percubaan penduduk kampung yang mahu membersihkannya.

Tetapi, media tempatan berkata, Amou Haji akhirnya tunduk kepada tekanan dan ‘dicuci’, beberapa bulan lalu.

Manusia paling kotor di dunia mati selepas mandi buat kali pertama dalam 65 tahun

Menurut agensi berita Iran, Irna, tidak lama selepas itu, lelaki itu jatuh sakit dan meninggal dunia, Ahad lalu.

Dalam temu bual dengan Tehran Times pada 2014, dia mendedahkan makanan kegemarannya adalah landak.

Selain itu, dia tinggal antara lubang di tanah dan pondok bata yang dibina oleh jiran prihatin di kampung Dejgah.

Dia memberitahu, pada masa itu pilihan luar biasanya adalah disebabkan “masalah emosi” ketika dia masih muda.

Bertahun-tahun tidak mandi menyebabkan kulitnya diselaputi “jelaga dan nanah”, kata IRNA, manakala dietnya terdiri daripada daging busuk dan air tidak bersih yang diminum daripada tin minyak lama.

Dia juga gemar merokok dan pernah digambarkan sekurang-kurangnya satu kali menghisap lebih daripada satu rokok sekali gus.

Meet Amou Haji, the world's dirtiest man who has not bathed in 67 years -  Articles

Percubaan untuk memandikannya, atau menawarkan air bersih kepadanya, membuatnya sedih, kata agensi berita itu.

Bagaimanapun, sama ada dia memegang rekod paling lama tidak mandi adalah perkara yang menjadi perdebatan.

Pada 2009, terdapat laporan mengenai seorang lelaki India yang ketika itu tidak mencuci atau menggosok gigi selama 35 tahun.

BACA:

Ustazah Asma tegur Neelofa?- “apa tujuan kamu berniqob?”

3 kesalahan ini selalu dibuat orang bila pilih tinted kereta

“Suami saya yang tolong pin tudung”, Neelofa dedah suami bagi greenlight berfesyen