Mansuh saja pilihanraya kalau sewenang-wenang boleh tukar kerajaan ikut suka

Saya tak setuju bubar Dewan Negeri mana2 negeri.
Saya tak setuju bubar Parlimen.
Lebih baik mansuhkan sahaja Parlimen dan Dewan2 negeri semua.

Mansuhkan saja pilihanraya. Ada pun tak guna. Yang kalah boleh rampas kuasa dan jadi kerajaan. Yang menang jadi pembangkang. Undi pun sia2 aje.

Bayangkan kalau tak ada pilihanraya, tak ada ahli parlimen dan ADN negeri. Berapa ratus juta ringgit boleh jimat setahun?
YDPA boleh lantik seorang Perdana Menteri teknokrat pilihan baginda. Raja2 boleh lantik seorang Bendahara teknokrat untuk setiap negeri.

Perdana Menteri boleh lantik kabinet yg kecil sahaja kerana tidak ada kelompok ahli parlimen yg mengugut utk tarik sokongan dan jatuhkan kerajaan sekiranya tidak diberi jawatan.

Semua lantikan teknokrat belaka.
Dengan tiadanya keperluan sokongan politik, menteri2 boleh tumpu kpd pentadbiran. Tiada lagi keperluan utk agihkan jawatan dan projek utk raih sokongan politik.

Pentadbiran akan jadi lebih bersih dan efisien.
Rakyat tak perlu lagi sibuk berpolitik sepanjang tahun dan boleh tumpu pd kerja masing2.

Tentu ada orang yg akan tanya bagaimana dgn demokrasi?
Saya tanya balik, sekarang ada demokrasi ke?

Sumber:https://www.facebook.com/groups/235596130869642/permalink/252311379198117/