Mangsa banjir rasa bertuah dapat tangkap ikan kelah merah bernilai lebih RM3 ribu

Mangsa banjir rasa bertuah dapat tangkap ikan kelah merah bernilai lebih RM3 ribu. Bak kata orang, kalau sudah rezeki, pasti tidak salah alamat. Itulah nasib yang menimpa seorang nelayan yang dikenali sebagai Abd Hadi Sulaiman, 47 di Sungai Tanum di Kampung Chegar Perah, Lipis.

Sebelum ini, penduduk kampung mereka berdepan dengan banjir hingga air masuk melimpah ke dalam rumah. Ketika air surut dua hari lalu, Abd Hadi Sulaiman mengambil kesempatan untuk memasang jaring sambil berharap pada tuah untuk memperoleh ikan liar untuk dijual bagi menampung pendapatan dan perbelanjaan selepas ditimpa banjir.

“Semalam pada 6.30 patang, saya turun memasang jaring di sungai Tanum berdekatan rumah sambil berdoa serta mengharap ada rezeki ikan liar terperangkap dalam jaring ini.

Mangsa banjir rasa bertuah dapat tangkap ikan kelah merah bernilai lebih RM3 ribu

“Apabila turun ke sungai ini pada 7 pagi tadi untuk melihat jaring yang dipasang ternampak jaring bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air berkocak di permukaan sungai,” katanya.

Abd Hadi sangat gembira apabila sebaik sahaja jaringnya ditarik ke atas, ternampak seekor ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkapnya sejak dia menjadi nelayan Sungai Tanum, 20 tahun yang lalu. Ikan kelah merah atau nama saintifiknya, Tor putitora, merupakan spesies liar di sungai yang paling mahal di pasaran.

Dia kemudian menarik jaringnya dengan perlahan-lahan agar ikan kelah itu tidak terlepas semula ke sungai. Ikan kelah merah memang sukar diperolehi disitu kerana berada di hulu sungai dan ianya mungkindihanyutkan oleh arus deras.

“Apabila sudah naik ke darat dan dibawa pulang ke rumah, saya terus menimbang ikan ini seberat 12.4 kilogram menyebabkan saya terpegun seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari ini,” katanya.

Berdasarkan pasaran semasa, harga sekilogram ikan kelah merah ialah RM250 dan menurut Abd Hadi, anggaran keuntungan yang diperolehnya adalah kira-kira RM3,100.

“Oleh kerana saya sangat perlukan wang selepas musibah banjir untuk perbelanjaan peralatan rumah yang rosak, keperluan dapur dan persiapan persekolahan tahun depan, ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis dengan nilai tersebut.

Abd Hadi bersyukur dengan rezeki yang diperolehinya dan bercadang untuk memasang semula jaringnya di tempat yang sama dengan harapan adalagi ikan yang tersangkut untuk dijadikan juadah mereka sekeluarga pula.

BACA JUGA : Kongsi bahan lucah melalui OnlyFans, ‘influencer’ didakwa di mahkamah
Aliff Syukri dakwa kena Covid-19 tahap 3, sekali bonda Rozita komen ‘tak payah nak drama sangat’

Artikel ini disiarkan pada 31/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)