Mana Janji Hududmu..?

Ketika belum dapat kuasa, janji hudud siang malam pagi petang tak makan tak minum tak apa kerana kita nak tegakkan agama Allah dgn hudud.

Ketika itu sesiapa pun persoalkan hudud, hatta persoalkan bagaimana nak laksanakan pun, akan jadi kapir dan akan ditanam dalam jirat Cina.

RUU355 ketika itu menjadi Rukun Islam dan Rukun Iman sekaligus!

Setelah dapat kuasa, dapat duit royalti ratusan juta RM, diam sepi janji hudud.

Setelah gagal menunaikan janji hudud, sekarang rakyat negeriku disibukkan pula oleh kepimpinan ulama dengan Muafakat Nasional dan Pakatan Nasional. Dan juga sibuk nak buat Undi Percaya di parlimen.

Sampai bilakah agaknya rakyat di negeriku dihilangkan sedar mereka tentang kepalsuan ajaran agama toksik bawaan kepimpinan ulama itu. Hanya Tuhan yang maha tahu.

***********************

Kata seorang teman:

“Antara 4 Negeri di perintah Pembangkang iaitu Perlis, Pahang Terengganu & Kelantan, hanya 1 Negeri SAHAJA memiliki Wakil DUN & Parlimen DAP iaitu Pahang.

Dari 4 Negeri tersebut pula 2 diperintah UMNO & 2 lagi diperintah PAS.

Aku nak cerita pasal 2 Negeri diperintah PAS iaitu Kelantan & Terengganu. Juga berkaitan DAP..

Satu masa dulu sebelum Pakatan Harapan ditubuhkan, PAS beria-ia mahu melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan & Terengganu. Tapi disebabkan adanya DAP dalam Gabungan Pakatan Rakyat, maka ianya tidak dilaksanakan atas alasan menerima tentangan dari rakan sekutu sendiri.

Sudahnya pelaksanaan Hukum Hudud di 2 Negeri tersebut hanya tinggal mimpi.

Menjelang PRU-14, Pakatan Rakyat dibubarkan, PAS berpecah, sebahagian ahli PAS menubuhkan Parti Amanah Negara dan membentuk Gabungan baru iaitu Pakatan Harapan bersama PKR, DAP dan PPBM manakala PAS bersendirian.

Selesai PRU-14, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Negeri Kelantan & Terengganu.

Hari ini, dengan lebih dari 2/3 Kuasa Majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan & Terengganu, tanpa seorang pun wakil DAP baik didalam DUN mahupun dalam Gabungan, PAS masih tidak melaksanakan Hukum Hudud & Qisas di 2 Negeri Tersebut.

Apa alasan PAS kali ini..?

Aku sertakan sekali tangkap layar Janji PAS berkaitan Pelaksanaan Hukum Hudud sebelum PRU-14…”

FB: Mohd Fauzi Mohd Azmi