Mampukah rakyat menanggung hutang negara yang makin meningkat?

Pegawai Menteri

Mampukah rakyat menanggung hutang negara yang makin meningkat.Pada hujung tahun 2017, Hutang Langsung Negara (Direct Dept) adalah pada kadar 50.8% dari KDNK manakala Total Hutang Negara adalah pada paras 80.3% dari kadar KDNK. Ini ketika negara berada di bawah rejim Najib Razak.

Pada hujung 2018, iaitu ketika negara ditadbir oleh Pakatan Harapan, Total Hutang Negara dapat dikurang dari 80.3%kepada 75% dari KDNK. Pengurangan ini banyak didorong oleh peningkatan KDNK negara.

Adapun masalah hutang tetap menjadi beban besar buat negara sehingga memaksa Pakatan Harapan mengambil beberapa keputusan yang tidak popular seperti menangguhkan perlaksanaan manifesto, menghentikan projek-projek mega, dan memotong beberapa bantuan tunai langsung kepada rakyat.

Banyak juga hutang-hutang lain yang direkodkan sebagai ‘off balance sheet’ oleh Najib Razak bagi menunjukkan Hutang Terus Negara berada pada paras yang lebih rendah dari yang sepatutnya. Bagi meningkatkan ketelusan dan amalan perakaunan yang lebih baik, Lim Guang Eng memasukkan jumlah ‘hutang-hutang tersembunyi’ ini ke dalam rekod Hutang Terus Negara.

hutang

Antaranya ialah hutang 1MDB dan tanggungan kerajaan dalam perlaksanaan projek-projek mega yang sedang dilaksanakan dan diluluskan oleh kerajaan sebelum Pakatan Harapan. Ini menjadikan Hutang Terus Negara meningkat dari 50.8% pada tahun 2017 kepada 52.1%

Isu Hutang Negara sememangnya menjadi agenda penting ketika pentadbiran Pakatan Harapan. Mungkin Pakatan Harapan adalah satu-satunya kerajaan yang melihat isu hutang negara sebagai masalah serius negara yang perlu ditangani segera. Mungkin kerana itu jugalah Pakatan Harapan dilihat hilang populariti. Kebanyakan rakyat Malaysia masih menganggap kerajaan mempunyai sumber duit yang tidak terhad.

Kerajaan dibenarkan meminjam dalam bentuk Hutang Terus Negara tidak melebihi 60% dari KDNK. Baru-baru ini Zafrul menyatakan hasrat mahu menggubal kelulusan baru di parlimen supaya membenarkan kerajaan melakukan Hutang Terus sehingga 65% dari KDNK. Ini adalah kerana kerajaan menjangkakan Hutang Terus Negara akan berada pada paras 60% menjelang hujung tahun 2021.

Penambahan hutang yang begitu drastik pada zaman pemerintahan PN adalah berpunca dari kegagalan kerajaan menangani pandemik dan berbelanja secara boros. Ini dilakukan semata-mata bagi membina populariti di mata rakyat. Mereka mahu menutup kegagalan ini dengan berbelanja boros bagi memberi gula-gula kepada rakyat. Perbelanjaan boros juga terpaksa dilakukan bagi melaksanakan ‘scheme of things’ seperti yang dirangka sendiri oleh Mahiaddin.

Persoalannya, mampukan rakyat menanggung beban hutang yang semakin menggunung untuk jangka masa panjang? Mungkinkah ini permulaan kepada penderitaan yang berpanjangan kelak?
Sama-sama kita akan saksikan nanti.

Sumber:

BACA: Panas !!! Dikaitkan dengan projek libatkan hutan simpan, akhirnya Raja Muda Selangor buka mulut