Sejak 10 tahun lalu, Malaysia telah menerima kapal pelarian etnik Rohingya.
Kita beri penempatan sementara sehingga populasi etnik Myanmar-Rohingya mencecah ~200 000 orang. (Hampir menyamai penduduk negeri Perlis)
Kita masih ingat pada saat itu, tentera Myanmar telah melakukan genosida secara brutal. Atas dasar ukhwah Islamiyyah, satu akidah Tauhid, kita rela berkongsi tempat teduh, perniagaan, dan pekerjaan kepada etnik Muslim itu.
.
Namun, situasi hari ini telah berubah. Pelarian tetap pelarian. Dalam sistem Negara bangsa, pelarian tidak boleh dijadikan warganegara. Hari ini, penempatan besar-besaran etnik Rohingya di Cox Bazar dan Pulau Bhashan Char, Bangladesh telah dibina. Malaysia turut menyumbang pembinaan Hospital disana.
Hari ini juga, Mahkamah Myanmar sudah melepaskan tahanan Rohingya. Mahkamah Antarabangsa turut memihak kepada keadilan Rohingya.
Politik Myanmar berubah.
Penduduk Rohingya di Malaysia yang ramai telah berpecah kepada berbagai-bagai puak termasuk gangsterism dan gerakan politik persatuan menuntut/melobi segala macam hak dari pemimpin kerajaan. Ditambah pula penyebaran virus Covid-19 dikalangan tenaga kerja asing kerana melanggar PKP.
Sekarang adalah moment yang terbaik bagi negara Malaysia untuk menghantar kembali pelarian Rohingya ke kampung halaman mereka sama ada di Rakhine atau penempatan sementara di Bangladesh secara bertahap.
Dulu, Malaysia telah tolong Rohingya. Sekarang ini kami merayu kepada etnik Rohingya agar menolong kami pula. Hormatilah perlembagaan negara kami. Pulanglah ke tempat asal kalian. Tanah tumpah darah kalian. Disana, kalian lebih bebas memiliki perniagaan, rumah, dan tanah persendirian. Kami akan menghulurkan bantuan jika diperlukan. Tapi disana. Bukan disini.
Sila rujuk pautan dibawah:
1. https://www.hrw.org/…/international-court-justice-orders-bu…
2. https://www.unhcr.org/…/figures-at-a-glance-in-malaysia.html
3. https://www.google.com/…/international-court-to-rule-on-roh…
4. https://www.straitstimes.com/…/coronavirus-myanmar-ships-80…
5. Etnik Rohingya langgar PKP. https://youtu.be/ihAr1xAJKcc
6. Peniaga Rohingya kebal hukum kerana memegang kad UNHCR https://youtu.be/1XjuwbiiaKY
7. Screen Rohingya for Covid-19 in Selayang. https://www.msn.com/…/new-clinic-to-screen-rohi…/ar-BB12bEEz
8. https://www.change.org/p/duli-yang-maha-mulia-seri-paduka-b…
9. https://www.freemalaysiatoday.com/…/gangsters-squeezed-rm8…/