Malaysia sedang hampiri imuniti kelompok

Malaysia sedang hampiri imuniti kelompok. Negara semakin menghampiri imuniti kelompok apabila 68 peratus daripada populasi dewasa selesai melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, setakat Ahad.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV) memaklumkan, angka itu menyaksikan lebih 15.9 juta dewasa sudah menerima dua dos suntikan.

“Sementara itu, 87.9 peratus atau 20.5 juta individu pula telah mendapat dos pertama.

“Vaksin harian mencatatkan 289,958 dos semalam (Ahad) dengan 136,177 individu sudah mendapatkan dos pertama.

“Manakala 153,841 individu lagi telah menerima dos kedua,” menurut JKJAV menerusi perkongsian infografik di Twitter, hari ini.

Setakat semalam, Johor merekodkan angka tertinggi dos suntikan diberikan iaitu 57,084, diikuti Sabah (36,286), Selangor (31,259), Perak (25,152) dan Kuala Lumpur (23,414)

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksin-covid19-malaysia-hampiri-imuniti-kelompok-68-peratus-populasi-dewasa-disuntik-318140

BACA: MPN diperkenal Tun M tak perlukan status menteri, bazir wang rakyat

COMMENTS