Malaysia Book Of Record iktiraf usaha ADUN DAP hantar susu ibu rentas sempadan

Malaysia Book Of Record iktiraf usaha ADUN DAP hantar susu ibu rentas sempadan

Usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Stulang, Andrew Chen Kah Eng membantu ibu-ibu menghantar susu merentas sempadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Sumbangan bantuan Andrew itu diiktiraf MBOR sebagai Penghantaran Bantuan Susu Ibu Rentas Sempadan Semasa PKP Terbesar (Largest Cross-Border Breastmilk Relief Aid Delivery During MCO).

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, beliau mewakili semua ibu yang menyusukan anak ingin mengucapkan terima kasih kepada Andrew.

“Saya menyusukan tiga anak saya untuk kira-kira 4.5 tahun. Saya tahu bagaimana mencabarnya menyusukan anak ini. Dan tidak dapat dinafikan, pandemik Covid-19 telah menjadikannya bertambah sukar kerana lebih ramai ibu-ibu yang bekerja terpisah dengan anak-anak mereka.

“Tanpa bantuan dan penyelarasan oleh Saudara Andrew, ibu-ibu ini tidak dapat terus memberi susu ibu yang berharga ini kepada anak-anak mereka ketika bekerja di Singapura,” katanya di Facebook semalam.

Media pada tahun lalu melaporkan Andrew dengan kerjasama pelbagai pihak telah membantu kaum ibu yang terperangkap di Singapura ekoran PKP, untuk menghantar susu badan kepada anak mereka di Malaysia.

Melalui usaha rentas sempadan, susu badan ibu melalui kiriman peti seberat 3,000 kilogram dilaporkan berjaya dihantar sebelum ini.

Berita Penuh : https://www.roketkini.com/2021/04/22/usaha-adun-dap-bantu-kaum-ibu-hantar-susu-rentas-sempadan-diiktiraf-mbor/