Malaysia berdepan krisis penebar roti canai, habis semua 'lari'

Malaysia berdepan krisis penebar roti canai, habis semua ‘lari’

Malaysia berdepan krisis penebar roti canai, habis semua ‘lari’. Negara bakal berdepan kekurangan penebar roti canai selepas pekerjaan itu tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan pekerja tempatan.

Isu kekurangan pekerja asing terutama bagi sektor restoran juga menjadikan kerja berkenaan berada pada kelas tersendiri dan hanya dipelopori mereka yang mempunyai minat saja.

Sementara golongan muda hari ini ini lebih menumpukan kepada pekerjaan di dalam gig ekonomi dan berkaitan dengan teknologi serta media sosial yang dilihat lebih mudah.

Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) Amir Syarifuddin Abdul Majid berkata, belia pada masa kini kurang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan roti canai di atas beberapa faktor.

Antaranya perniagaan roti canai dianggap pekerjaan yang biasa-biasa saja memandangkan kecenderungan monopoli oleh pemilik restoran asing.

Malaysia berdepan krisis penebar roti canai, habis semua 'lari'

Katanya, sejak dulu lagi, pembabitan belia di dalam cabang perniagaan itu amat kurang biarpun mempunyai permintaan kerana roti canai adalah menu paling digemari khususnya ketika sarapan pagi.

“Faktor ini mendorong belia lebih gemar menceburkan diri dalam bidang lain. Mereka gemar berniaga, mempunyai asas sebagai usahawan, tetapi gemar untuk aktif sebagai usahawan dengan teknologi semasa.

“Kecuali jika ada yang mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Kalau ada pun, hanya beberapa saja berbanding yang memang ingin menjadi penebar roti canai,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, perubahan persepsi belia pada kerjaya juga berubah disebabkan dorongan pempengaruh di media sosial yang lebih bersifat populis.

Katanya, ia mengundang tanggapan golongan belia bahawa media sosial mampu menjadi platform menjana kekayaan dan kejayaan dengan lebih mudah.

“Justeru, bagi mengimbangi keperluan pada masa depan, pihak berwajib perlu mengetengahkan kemahiran roti canai di dalam jurusan yang berkaitan sebagai salah satu kaedah.

“Sebagai contoh meletakkan modul pembuatan roti canai di dalam silibus pembelajaran kulinari atau katering.

“Selain itu, kita juga perlu mengetengahkan penebar roti canai yang terdiri dalam kalangan belia sebagai ikon keusahawanan yang berjaya. Dengan cara itu, kita bukan saja akan mengekalkan roti canai sebagai menu Malaysia, tetapi juga membangunkan kerjaya berasaskan selera tempatan,” katanya.

Katanya, inisiatif seperti menyediakan pertandingan penebar roti canai wajar diadakan sebagai permulaan untuk mengangkat kerjaya penebar roti canai ini pada masa depan.

Gaji RM3,000 kerja mula pagi sampai tengah hari

Kuala Lumpur: Rata-rata penebar roti canai di restoran mamak di negara ini menerima gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan berserta penginapan dan manfaat perubatan.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, kebanyakan penebar ini akan dibahagi kepada dua syif kerja iaitu pagi dan petang.

Katanya, mereka akan menebar ratusan roti canai seawal jam 6 pagi sehingga tengah hari sebelum digantikan rakan mereka sehingga malam.

“Presma mempunyai lebih 4,000 ahli dengan lebih 10,000 restoran di seluruh negara. Pada masa ini terdapat kira-kira 25,000 penebar roti yang terlatih dan sebahagian kecil saja terdiri daripada orang tempatan.

“Namun, isu kekurangan pekerja ketika ini menyebabkan ada penebar roti canai yang perlu bekerja lebih masa untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Kebanyakan mereka ini memiliki pengalaman di negara asal dan selepas bekerja di negara ini dalam tempoh beberapa tahun, mereka lebih mahir menebar roti canai mengikut permintaan pelanggan.

“Sebelum ini, Presma pernah menyediakan latihan kepada pekerja tempatan, tetapi entah di mana silapnya, hanya dalam jumlah yang kecil saja yang boleh bertahan, selebihnya terpaksa bergantung kepada pekerja asing,” katanya.

Beliau berkata, apa yang penting ketika ini bagaimana untuk mengembalikan minat pekerja tempatan untuk membina kerjaya sebagai penebar roti canai sama ada di restoran mamak atau pun gerai medan selera.

Katanya, ia penting sebagai persediaan untuk membuka perniagaan sendiri atau membina barisan penebar mahir bagi memenuhi permintaan di pasaran.

BACA:

Wanita hina islam berjaya kutip dana awam RM40,000 untuk ikat jamin

Datuk Bandar arah kakitangan awam wajib senyum waktu kerja atau hilang gaji 6 bulan

Kereta dipandu jururawat langgar ambulans sampai terbalik

CATEGORIES