Malaysia berada di ranking no.1 di Asia, paling ramai layan web porno

Malaysia berada di ranking no.1 di Asia, paling ramai layan web porno. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, ramai rakyat Malaysia yang mengikut arahan walaupun terdapat sebahagian yang masih degil keluar dari rumah.

Terbaru menerusi satu laporan, Malaysia adalah negara Asian tertinggi yang menghabiskan masa di laman web Pornhub. Ini merupakan satu pendedahan yang mengejutkan!

Pornhub merupakan web dimana video pornografi dikongsi yang membolehkan penonton melihat video porno dalam beberapa kategori termasuk pronografi profesional dan amatur.

Statistik menunjukkan Malaysia di kedudukan keempat sebanyak 84 peratus dengan menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan wabak Covid-19.

Tambahan pula, Pornhub mendedahkan bahwa 9.1 juta carian di seluruh dunia mencari kata kunci ‘Covid’ dan ‘Corona’ sejak beberapa bulan yang lalu.

Boleh dikatakan penonton tempatan tertarik dengan cerita yang mempunyai kandungan panas dan didedahkan bahawa filem ‘Fifty Shades Freed’ merupakan filem nombor satu di negara yang paling mendapat banyak tontonan di Netflix.

Malaysia berada di ranking no.1 di Asia, paling ramai layan web porno

Namun, ada juga yang menyangkal kenyataan bahawa rakyat Malaysia hanya menonton filem yang mempunyai banyak kandungan seksual.

Selain filem erotik 2018 tersebut, drama Korea seperti ‘Crash Landing On You’, ‘Itaewon Class’ dan ‘Kingdom’ juga termasuk di dalam senarai tersebut.

BACA:

Sulaiman Ali dipaksa letak jawatan KM Melaka, kata pemimpin Umno

Tak sedar mengandung, sikit lagi nak ‘flush’ baby dalam jamban

Langkah mudah keluarkan duit di mesin ATM tanpa guna kad bank