Malaysia bakal guna sistem tol tanpa palang?

Terdapat beberapa negara lain yang telah menggunakan sistem tol tanpa palang buat pengguna di lebuhraya dan untuk pengetahuan, Malaysia juga akan menggunakan sistem yang sama tak lama lagi tau.

Menurut laporan Pandu Laju, pelaksaan sistem tersebut dibuat FIRMA pembekal solusi teknologi, Green Packet Bhd dengan kerjasama FETC International Co (FETCi). Terbaiklah!

Peranan Green Packet adalah menyediakan pembiayaan, maklumat tempatan dan kepakaran dalam pembayaran teknologi kewangan. FETCi pula berperanan untuk menyediakan peralatan dan mempunyai kepakaran pelaksanaan MLFF.

Malaysia bakal guna sistem tol tanpa palang?

Ujian pertama tol tanpa palang ini akan dibuat di Lebuhraya Besraya KM5.5 (Arah Utara) bermula awal tahun 2022 nanti untuk pengumpulan data selama tiga bulan.

Kemudian, data yang telah dikumpul akan dikongsikan kepada pihak berkuasa untuk membuktikan keberkesanan Sistem Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

Dengan sistem tol seperti ini, ia akan membantu aliran trafik berjalan lebih lancar dan dapat mengurangkan kesesakan dari yang sebelum ini.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohgear/sistem-tol-tanpa-palang-akan-ada-di-malaysia-tak-lama-lagi/

BACA JUGA : Wanita terjun bangunan, sempat beritahu hasrat kepada rakan