Malaysia ambil sikap berhati-hati dengan Taliban, kata Menteri Luar

Malaysia mengambil pendekatan berhati-hati mengenai pendirian terhadap kerajaan Taliban di Afghanistan, kata Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

Katanya, kerajaan memantau perkembangan di Afghanistan, terutamanya di Kabul.

“Kami menerima laporan daripada pelbagai sektor dan kami akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

Malaysia ambil sikap berhati-hati dengan Taliban, kata Menteri Luar

Saifuddin Abdullah (kiri) bersama timbalannya Kamaruddin Jaffar menemui pegawai Kementerian Luar di Putrajaya hari ini. (Gambar Bernama)

“Buat masa ini, kami masih menilai situasi di Afghanistan,” katanya dalam sidang media hari pertamanya di kementerian itu.

Taliban menawan Kabul pada 15 Ogos lalu, sekali gus menguasai Afghanistan buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, selepas tentera Amerika Syarikat berundur dari negara itu. Presidennya Mohammad Ashraf Ghani turut meninggalkan Afghanistan.

Mengenai laporan dua rakyat Malaysia yang dipercayai terlibat dengan IS dan kini ditahan Taliban, Saifuddin berkata, beliau sudah bercakap dengan Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani mengenai perkara itu.

“Polis masih menunggu laporan sahih mengenai dua orang yang dilaporkan sebagai rakyat Malaysia itu.

“Bagaimanapun, memang ada dua lagi rakyat Malaysia yang berada di sana secara sukarela kerana mereka berkhidmat dengan dua organisasi kemanusiaan, jadi itu buat masa ini tiada isu,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/01/malaysia-ambil-pendekatan-hati-hati-dengan-taliban-kata-menteri/

BACA JUGA : Parlimen tunda 13 Sept, tiada alasan Zahid tak hadir mahkamah 6-9 Sept