Malaysia akan alami lebih kerap bencana alam – Menteri

Sekumpulan pakar bencana dan cuaca tempatan berpendapat Malaysia terus berdepan situasi bencana alam luar biasa yang lebih kerap pada masa akan datang.

Perkara itu dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad selepas mengadakan sesi libat urus bersama sekumpulan tujuh penyelidik berkenaan, hari ini.

Beliau berkata, penyelidik tempatan itu juga meramalkan bencana alam mungkin berlaku di kawasan yang langsung tidak dijangka.

Malaysia akan alami lebih kerap bencana alam - Menteri

ABD. Latiff Ahmad bercakap dalam sidang akhbar berhubung perkembangan terkini bencana banjir di Putrajaya.

“Kita tidak mungkin akan menikmati suasana yang aman daripada bencana alam pada masa depan. Jika dahulu, bencana alam mungkin berlaku sekali sekala, namun kini ia lebih kerap dan turut melanda kawasan yang tidak difikirkan boleh berlaku bencana,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan banjir, hari ini.

Katanya, tiada siapa boleh bayangkan daerah Jelebu, Negeri Sembilan yang paling kering itu pun boleh dilanda banjir luar biasa.

Abd. Latiff berkata, beliau menerima pelbagai cadangan, maklum balas dan penambahbaikan perlu daripada pakar dan penyelidik itu untuk dikemukakan kepada jemaah menteri kelak.

BACA JUGA : Cukai Elon Musk tahun ini bernilai lebih RM 44 bilion
Muda telah berjaya didaftar secara rasmi

CATEGORIES