Malaysia ada “RINAEMON”

Akibat salah komunikasi dengan umum ketika menghadapi Covid-19, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini sudah digelarkan sebagai Kementerian Doraemon, Nobita dan Dorayaki.

Manakala menterinya pula sudah digelarkan sebagai Rinaemon bukan lagi Datuk Seri Rina Mohd Harun manakala timbalannya sudah jadi Siti Giant bukan lagi Siti Zailah Mohd Yusof.

Bahkan seorang aktivis di twitter sudah mencipta satu lagu khas untuk kementerian ini khasnya untuk menterinya.

Aktivis yang berkicau di #takaharasuiko itu, menukilkan sebuah lagu dengan nama Kementerian Doraemon, Nobita dan Dorayaki.(video dibawah).

Selain dipermainkan oleh netizen tempatan, tindakan Kementerian Rina yang mengeluarkan beberapa panduan kepada suri rumah untuk mengelakkan pergaduhan bersama pasangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi berita antarabangsa.

Media UK, Independent semalam melaporkan, ekoran panduan tersebut kerajaan Malaysia menghadapi kritikan meluas dari kalangan rakyat dan pertubuhan wanita yang menyifatkan ia berbau ‘sexist’.

Selain Independent, Al Jaziera, CNN, Chanel New Asia dan lain-lain juga menyiarkan berita yang memalukan negara itu.

Sumber : https://malaysiadateline.com/kementerian-doraemon-nobita-dan-dorayaki-menteri-sudah-jadi-rinaemon/

COMMENTS

Wordpress (0)