Makin bergolak, Ellie Suriaty gesa Dr Azra munculkan diri

Makin bergolak, Ellie Suriaty gesa Dr Azra munculkan diri

Makin bergolak, Ellie Suriaty gesa Dr Azra munculkan diri. Pelakon, Ellie Suriaty Omar meminta wanita bernama Azra Diera segera munculkan diri dan tidak mempermainkan bekas suaminya yang juga pelakon, Azri Iskandar.

Kata Ellie, sebagai individu yang pernah bersama Azri selama bertahun-tahun, dia tidak sanggup melihat bekas suaminya itu berada dalam ketidak tentuan gara-gara ingin berkahwin lagi.

“Pada saya, Azra kena munculkan diri dan jelaskan situasi. Saya sudah hidup bersama Azri selama 19 tahun. Saya tak kisah kalau dia mencintai orang lain. Tetapi, saya terseksa tengok dia.

“Saya tidak berdendam. Kami sudah bercerai. Tapi saya tak suka tengok Azri jadi begitu. Keadaannya membimbangkan anak-anak kami. Mereka tak mahu Azri jadi begitu.

“Bila buat carian di Google, kami tidak menemukan apa-apa tentang Azra. Engkau siapa?,” katanya.

Makin bergolak, Ellie Suriaty gesa Dr Azra munculkan diri

Ellie berkata demikian usai majlis Tayangan Perdana Filem Mat Kilau bertempat di GSC Starling Mall, dekat sini malam tadi.

Azri dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei lepas selepas 19 tahun berkahwin.

Namun tidak lama selepas itu, Azri mencuri tumpuan apabila mengesahkan dia bakal berkahwin dengan wanita pilihannya yang juga penulis skrip, Azra Diera.

Azri juga memaklumkan bakal menghantar rombongan merisik pada 23 Jun ini.

Mengulas lanjut, Ellie berulang kali menegaskan bahawa dia sudah move on dan tidak sedikitpun marah atau berdendam dengan bekas suaminya itu.

Malah dia bimbang dan turut bersimpati dengan keadaan Azri yang kini seakan hilang arah.

“Saya tak tahu apa permainan Azri. Pada saya semua ini tak baik. Kalau nak bermain cinta dengan sesiapapun, jadilah manusia. Jangan menyorok di sebalik ‘online’.

“Azri adalah seorang pelakon yang bagus. Saya kenal dia. Siapapun wanita-wanita ini, lima, 12 atau dua hari, mustahil terus ajak kahwin. Semua ini mesti berlaku sebelum-sebelum ini lagi.

“Saya sudah katakan kepadanya, saya maafkan. Saya sudah move on. Tak nak simpan apa-apa. Tetapi saya tak tahan tengok dia begitu. Azra ini, wujud atau tidak? Anak-anak bimbang. Kalau individu ini benar-benar ada, tampilkanlah diri,” ujarnya.

Jelas Ellie lagi, sebagai individu yang benar-benar memahami, dia menasihatkan agar anak-anaknya membenarkan bapa mereka berkahwin lagi.

“Anak-anak bimbang sebab dia nak kahwin dalam tempoh edah saya. Kata saya, tak apa, bagilah kalau dia nak kahwin sangat. Hidup kita tak lama. Kita tak tahu. Jadi kalau dia nak kahwin, saya doakan yang terbaik untuknya.

“Tetapi saya tak suka orang mempermainkan dia. Kenapa malukan dia? Hidup mesti ada kebenaran. Jangan main-mainkan hidup orang.

“Dia (Azra) tak pernah bertanya tentang anak-anak saya. Anak-anak saya sangat beradab, bijak dan berfikiran terbuka. Tetapi engkau, seorang yang tak jelas siapa orangnya, ambil ayah mereka,” jelasnya.

Apabila disoal sama ada yang berlaku kepada Azri adalah balasan atas perbuatannya terhadap isteri, Ellie menolak perkara itu.

“Kehidupan kita datang dengan ujian, saya tidak hukum dia. Saya tarik diri. Halal dan ikhlaskan semua. Harap tak ada orang hukum dia.

“Dia nak nikah, nikah. Saya doakan yang terbaik. Saya harap, sesiapa sahaja yang bersama dia di masa akan datang, benar-benar ikhlas.

“Jangan bersembunyi. Ini kerja orang pengecut. Yang dipermainkan adalah hidup orang. Jangan malukan orang,” kongsinya.

Dalam pada itu, Ellie juga tidak merasakan ada keperluan untuk dia dan azri rujuk semula.

“Saya adalah keluarga kepada dia. Kami tak perlu rujuk semula. Tak ada dendam.

“Saya tak boleh nak benci dia. Kami dah hidup bersama terlalu lama. Lalui baik dan buruk. Keputusan ini adalah atas diri dia,” ceritanya.

BACA:

Pertahan LGBT, Disney batal tayangan filem ‘Lightyear’ di Malaysia

‘Kenapa sikit sangat A?’ Pelajar dapat 12A kecewa ibu tak puas hati dengan keputusan SPM

‘Sila whatsapp sekarang’, suami Neelofa nak bagi RM700 pelajar dapat 7A SPM

 

CATEGORIES