Bila baca Komen masa aku bangkitkan masalah penjaja kecil..mereka yang makan gaji hari, kais pagi makan pagi.. ada yg sibuk komen kata, Duduk jer lah rumah..Bising2 buat apa..Hujung bulan gaji masuk.. nampak Tak ? ramai yg masih tak faham realiti ekonomi.. tadi ada sorang Cikgu lagi komen lagi mcm tu.. ni aku nak jawab…
Sebelum ini aku pernah tulis dan cadangkan Kerajaan Pinjam 2-4 Billion dari KWAP dan KWSP.. mengapa perlu guna RM 40 Billion duit rakyat.. masa ni Kerajaan pakai duit KWSP dan KWAP pun.. bagi kat orang susah,takda sapa marah mcm RM 40 Billion bagi kat 1MDB..
buat gantian Pendapatan RM 50 sehari bagi penjaja kecil..pekerja dan buruh am, Pemandu teksi yang terjejas 2 Minggu tanpa Pendapatan.. atau 2 Minggu pendapatan RM 750, setidaknya RM 500.., Mereka perlu dibantu diwaktu waktu kritikal 2 Minggu ini…
Jika Kerajaan pinjam 2-4 Billion Boleh agihkan dari 4-6 Juta Isi rumah, Pekerja dikalangan anak muda yg terjejas boleh dibantu… Bantuan ini boleh diberikan kepada 4-6 Juta orang.. Tak banyak, Tapi perlu disegerakan… yang kita kena tumpukan orang yang takda EPF dan SOCSO..ini jenis yang kais pagi makan pagi..
Contoh mudah nak faham, pergi Foodcourt, pergi kedai makan pagi..depa ada 2-5 pekerja, gaji Rm 40 sehari..Hangpa tanya,Depa ada EPF tak ? comfirm 99% takda.. apalagi hat meniaga bukan bonet, jual burger tengah malam..
Pengecualian bantuan ini bagi yang mendapat gaji penuh seperti Guru, kakitangan Kerajaan,Syarikat GLC dan Syarikat disenarai awam seperti telekom dan TNB..depa ni mcm mana pun dapat gaji penuh.. Bagi sektor ini, Boleh lah kerajaan tawarkan depa keluarkan duit KWSP pada nilai RM 1000-2000.. bukannya org Susah yang terpaksa habiskan simpanan hari tua dia..
Itu sebab aku puji Kerajaan Negeri sarawak dia Bayar RM 200 selama 6 Bulan bagi rakyat susah dan B40… Tapi ada sahabat yang kerja cikgu tak faham.. kata kita pulak yang tak faham..Jenis mcm ni yg susah..sebab depa dah terbiasa ponteng Kerja pun gaji tetap masuk..depa tak faham derita rakyat dibawah..
Lepas pada tempoh kritika 2 minggu ni.. Kerajaan nak fikir bantuan macam mana terpulang lah, yang penting waktu kritikal 2 Minggu ni mereka perlu ditolong..ada yang dah merayu bantuan beras ,gula dan keperluan harian..Itu realiti yg kita tengok sendiri..hatta ada Ustaz yg selama ini pendapatan dia mengajar di surau dan masjid dah bertanyakan bantuan baitul Mal.. kita tak suka kat depa pun..kita simpati baca status depa..
Aku ni memang kerja duduk depan PC jer.. waktu makan aku keluar..Kerajaan tak bagi cuti pun ..hari hari aku cuti.. Kerajaan bagi cuti 2 tahun pun IsnyaAllah ada rezeki aku…
Bila minggu ni.. Aku tengok disekeliling tempat aku, ada yg meniaga nasi lemak, Meniaga Burger.. Meniaga medan selera. bawa Teksi ..depa kena tutup jam 7 malam..aku sendiri rasa simpati.. bagaimana agaknya perasaan orang cerdik pandai yang tak pernah fikir derita org dibawah..
Memang orang yg hujung bulan masuk Gaji.. Yang hujung Minggu main Golf depa tak dapat rasa semua ni.. Tu sebab dalam urusan Agama..Ulama ni pun ada yg alim..ada yg faqih..Orang yg Faqih orang yg boleh faham urusan Dunia dan Akhirat…. 🙂
Ipohmali