“Mak sanggup jatuhkan maruah seorang anak, aku selalu ada rasa tak redha dengan apa yang mak dah buat, sejak itu aku..”

Assalamualaikum admin. Terima kasih sebab kalau dapat siarkan luahan saya. Saya Amni berumur 44 tahun. Saya teruskan luahan seperti di bawah ;

Objektif : Macam mana nak berdamai dengan mak sendiri? Selalu tengok orang cakap hargai ibu selagi beliau masih ada.

Ada yang cakap boleh hidup sampai hari ini sebab ada support mak dalam hidup dari kecik sampai dah beranak-pinak.

"Mak sanggup jatuhkan maruah seorang anak, aku selalu ada rasa tak redha dengan apa yang mak dah buat, sejak itu aku.."

Tapi aku selalu ada rasa tak redha dengan apa yang mak buat dan cakap pada aku dan aku nak berdamai dengan perasaan ini. Aku nak hubungan aku dan mak rapat macam orang tunjuk di sosiaI media.

Tragedi 1 : Dari kecil lagi aku rasa mak benci aku sebab aku tak pandai dan kulit gelap dalam 5 adik beradik aku. Kalau bercakap, mak banyak mencemuh dari menghargai. Mak kata aku pendek dan gelap, tak boleh pakai baju cantik – cantik sebab memang tak cantik.

Baca Artikel Penuh