“Mak mertua queen control, semua dia nak tentukan, anak aku baru 2 tahun dia dah pilihkan sekolah kat mana, persatuan apa, kelab apa, lebih-lebih pula dia”

Salam semua. Aku Delima. Sudah berkahwin dan ada seorang anak. Tujuan aku kongsi bukanlah untuk memohon pandangan, tapi lebih kepada memohon sokongan supaya aku lebih kenal erti sabar dan redha.

Mungkin kisah ni tak sesedih kisah lain, tapi moga kalian memahami jeritan batin diriku yini gittuh. Aku datang dari broken family.

Untuk aku percayakan perkahwinan sangatlah susah. Dan setelah aku bercinta selama 10 tahun dan putus, lagi lah penat diri ini untuk percaya lelaki.

"Mak mertua queen control, semua dia nak tentukan, anak aku baru 2 tahun dia dah pilihkan sekolah kat mana, persatuan apa, kelab apa, lebih-lebih pula dia"

Tapi alhamdulillah Allah hadirkan suami yang sayang aku sepenuh hati. Dia tak pernah janjikan bulan bintang tapi dia berjanji yang zuriat kami insyaAllah takkan lalui apa yang aku lalui. Dan sebab terbesar aku pilih dia sebagai suami adalah kerana dia ‘family guy’.

Dia sangat menjaga adik dan ibu bapa dia, dan itulah yang membuatkan aku percaya dia mampu jadi seorang ayah yang baik. Tapi itulah, kusangkakan panas hingga je petang, tiberhhh hujan tengahari buta.

Baca Artikel Penuh