“Mak mertua ajak aku ke Cameron, mulanya aku fikir kalau takat mak abah mampu la nak sponsor, tiba-tiba dia ajak semua adik ipar join sekali, pening kepala aku”

Assalamualaikum. Nama saya Chempaka atau Chemp, bukan nama sebenar.

Saya dah berkahwin dengan suami yang saya namakan Abang Jai yang ketika itu duda 5 tahun, ada anak tiri 2 orang hero, yang sulung berusia 14 tahun, yang kedua berusia 10 tahun.

Hasil perkahwinan saya dengan suami dikurniakan 2 cahaya mata kembar, kini 3 tahun perkahwinan kami.

"Mak mertua ajak aku ke Cameron, mulanya aku fikir kalau takat mak abah mampu la nak sponsor, tiba-tiba dia ajak semua adik ipar join sekali, pening kepala aku"

Kak Su, bekas isteri Abang Jai baik dengan aku kerana setiap kali giliran Abang Jai meluangkan masa bersama anak, Kak Su akan hantar ke rumah kami. Kami akan melepak di kopitiam kadang kala.

Mereka bercerai bukan kerana benci, bukan kerana orang ketiga. Tapi kerana ibu mertua yang kami akan gelarkan ibu. Semuanya kerana percutian, berjalan. Sebelum itu, saya dan keluarga saya memang rapat. Kami akan keluar bercuti bila ada masa bersama makcik, sepupu.

Baca Artikel Penuh