“Mak banyak kali dah menangis, kadang-kadang aku marah ayah sebab suka sakitkan hati mak, orang yang duduk dengan ayah je tahu perangai sebenar”

Lama dah tahan air mata dari jatuh. Tak tahu nak meluah dekat siapa. Meluah dekat orang lain macam buka aib ayah sendiri.

Ayah aku ni panas baran. Aku pun terikut panas baran dia. Sejak aku ada anak aku tinggal dengan mak ayah sebab anak aku mak yang jaga.

Sepanjang duduk dengan dorang aku jadi kerap gaduh dengan ayah. Orang tua ni susah nak cakap.

Bila kita tegur baik-baik, dia buat tak tahu macam kita ni halimunan. Sudahnya kita termarah sebab hilang sabar.

Ayah pulak kalau terasa hati dia mengadu dekat semua orang. Kawan-kawan surau dia, anak-anak dia, adik beradik dia.

"Mak banyak kali dah menangis, kadang-kadang aku marah ayah sebab suka sakitkan hati mak, orang yang duduk dengan ayah je tahu perangai sebenar"

Baca Artikel Penuh