Mak ayah selamba biar anak ‘healing’ keluar kepala dari sunroof X70 dikecam

Mak ayah selamba biar anak ‘healing’ keluar kepala dari sunroof X70 dikecam. Polis sedang mengesan pemandu Proton X70 yang membenarkan kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui sunroof (bumbung tembus cahaya) seperti rakaman tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi sembilan saat berkenaan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, @nabilahroslan, jam 12.15 tengah malam tadi.

“Dalam rakaman video itu memaparkan sebuah SUV (kenderaan uliti sukan) Proton X70 berwarna merah bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak dengan membenarkannya mengeluarkan kepala melalui sunroof kenderaan berkenaan.

Baca Artikel Penuh